Latar belakang Bencana Stadium Kanjuruhan

Hooliganisme bola sepak mempunyai catatan sejarah panjang di Indonesia, dengan berpuluh-puluh penyokong terbunuh sejak 1990-an. Kelab peminat beberapa pasukan mempunyai apa yang dipanggil "komander", dan unit polis rusuhan hadir dalam banyak perlawanan, dengan suar sering digunakan untuk menyuraikan orang ramai yang merusuh menceroboh padang.[6] Arema FC dari Malang dan Persebaya Surabaya, kelab-kelab saingan lama, juga diberi jolokan Derbi Super Jawa Timur, dijadualkan bermain perlawanan musim biasa Liga 1 di Stadium Kanjuruhan Malang yang mempunyai kapasiti 42,000 pada 1 Oktober.[7] Pada 2018, rusuhan di Kanjuruhan berikutan perlawanan antara Arema dan Persib Bandung mengakibatkan kematian selepas polis pencegah rusuhan menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai.[8] Walaupun peraturan FIFA melarang penggunaan gas pemedih mata di stadium, ia digunakan oleh unit rusuhan Polisi Republik Indonesia (Polri) dalam mengawal perlawanan bola sepak.[9]

Akibat kebimbangan keselamatan, polis telah meminta agar perlawanan diadakan lebih awal pada sebelah petang berbanding waktu asal, 8:30 malam waktu tempatan dengan 38,000 tiket, namun permintaan itu tidak diterima pegawai Liga 1, dan 42,000 tiket telah dicetak.[10][7][11] Bagaimanapun, berikutan nasihat polis, tiket perlawanan tidak disediakan buat penyokong Persebaya.[12]

Rujukan

WikiPedia: Bencana Stadium Kanjuruhan http://tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagen... https://www.astroawani.com/berita-dunia/rusuhan-st... https://www.astroawani.com/berita-dunia/rusuhan-st... https://www.astroawani.com/berita-dunia/rusuhan-st... https://www.astroawani.com/berita-dunia/tragedi-st... https://www.beritasatu.com/bola/983947/sepak-bola-... https://www.beritasatu.com/news/984101/ahmad-sahro... https://www.bolasport.com/read/313495482/arema-fc-... https://www.bolasport.com/read/313505708/memilukan... https://www.cnnindonesia.com/internasional/2022100...